Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Masih ramai tak peduli... tapi tidak bagi 2 pejuang barah

Oct 16, 2023 | 06:00 AM



KES 1

Enggan jadi seperti adik yang meninggal akibat barah

Kisah seorang wanita bernama Cik Fatimah Mahmud (nama samaran), atau lebih dikenali sebagai Mak Tim dalam kalangan keluarganya adalah satu kisah yang begitu menyentuh hati.

Beliau telah mengalami pengalaman yang mengubah hidupnya apabila mengesan ketulan kecil pada payudara kanannya.

Perasaan cemas menyelubungi dirinya, berikutan kisah tragis yang menimpa adik perempuannya, Cik Maimun, yang meninggal dunia beberapa tahun lalu akibat barah buah dada.

“Perkara itu berlaku pada 2008, usia saya masa itu 60 tahun. Saya fikir saya kena bertindak segera. Adik saya Maimun telah terlepas... masa tu, zaman tu kurang kesedaran. Pasal dia tak tahu, kes dia dah terbiar. Nak rawat pun, benda tu dah merebak,” kongsi Mak Tim.

Tak lama selepas mengesan ketulan itu, Mak Tim mengambil keputusan bijak untuk menemui doktor. Beliau mengikuti nasihat doktor agar menjalani ujian mamogram dan biopsi.

Hasil ujian itu mengesahkan beliau menghidap barah buah dada peringkat awal di tahap dua.

Mengikut panduan klinikal, wanita berusia antara 50 dengan 74 tahun dengan sejarah keluarga barah buah dada sepatutnya menjalani mamogram setiap dua tahun.

Walaupun demikian, Mak Tim tidak mengikutinya dan hanya bergantung kepada pemeriksaan buah dada secara sendiri. Kerana itu, Mak Tim mengesyorkan kepada wanita di luar sana agar menjalani mamogram tahunan terutama bagi wanita berusia 40 tahun ke atas.

Pengesanan awal adalah kunci untuk mengatasi barah buah dada, kata Mak Tim.

“Pengesanan awal adalah langkah penting dalam memerangi barah tetapi sayangnya, amalan ini masih jarang dilakukan dalam kalangan kita, termasuk saya,’‘ ujar Mak Tim.


Kesedaran tentang pentingnya pengesanan awal itu kata Mak Tim masih belum mencapai tahap yang diharapkan.

Barah buah dada adalah salah satu penyakit paling lazim dalam kalangan wanita di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa pada 2020, 32.9 peratus kes barah baru adalah barah buah dada.

Kisah Mak Tim menjadi peringatan tentang pentingnya pengesanan awal.

Beliau adalah contoh keberanian dan tekad seorang wanita yang mahu melindungi diri dan keluarga daripada penderitaan yang dialami oleh adiknya.

Kisahnya harus menjadi inspirasi kepada semua wanita, muda atau tua, agar menjalani pemeriksaan payudara secara berkala.

Mak Tim telah mengatasi ketakutan dan rasa cemas dengan keberanian untuk berdepan dengan kenyataan.

“Kepada semua wanita, untuk menjaga kesihatan dengan lebih berkesan, ambil tindakan awal yang diperlukan demi menyelamatkan nyawa kita,’‘ kata Mak Tim.

KES 2

Takut suami cari lain...

Pesakit barah buah dada sering diuji dengan ketabahan dan tekad yang luar biasa.

Ini adalah cerita tentang Cik Hasliza Kamaludin (nama samaran), seorang wanita yang menerima cabaran hidup dengan penuh semangat dan keberanian, walaupun menghidapi barah buah dada tahap tiga.

Bagi Cik Hasliza, penyakit itu bukan pengakhiran, tetapi awal kepada perjuangan berani menentang penyakit.

“Menyedari bahawa anda menghidap barah buah dada bukanlah perkara yang mudah. Namun, kita tidak boleh membiarkan penyakit ini memusnahkan harapan kita,” ujar Cik Hasliza.

Bagi Cik Hasliza, sikap positif menjadi kunci kekuatan dalam menghadapi cabaran.

Beliau percaya perubahan dalam cara berfikir adalah langkah penting untuk menjadikan diri positif dan optimistik.

“Saya sentiasa mengelak daripada membaca berita tentang pesakit barah atau membincangkannya.

“Saya memilih untuk bergaul dengan kumpulan pejuang barah yang sentiasa memberikan semangat serta harapan, dan yang terpenting, tidak pernah menyerah kepada fikiran mengenai kematian,” katanya.

Cik Hasliza telah memilih untuk bergaul dengan kumpulan yang mendorong pemikiran positif. Bagi beliau, perbincangan mengenai kematian adalah sesuatu yang perlu dielakkan, dan beliau lebih cenderung menghubungi kumpulan yang menggalakkan semangat dan harapan dalam perjuangan.

“Saya sentiasa mengelak perkara-perkara (bercakap mengenai kematian), dan saya kekal dengan satu kumpulan (yang positif),” katanya dengan penuh keyakinan.

Mengingat perjalanan peribadinya, Cik Hasliza turut merakamkan bahawa wajar jika pesakit berasa sedih dan terluka.

Namun, beliau memberi nasihat berharga, agar usah membiarkan perasaan sedih menguasai diri.

“Sedih itu normal, namun kita perlu bangkit melawan perasaan tersebut. Kita perlu mengekalkan tekad dan semangat untuk melawan penyakit ini dengan kuat,” katanya.

Selain daripada perjuangan untuk mengatasi barah buah dada, Cik Hasliza juga menghadapi pandemik Covid-19 yang membawa lebih banyak cabaran kepada pesakit barah.

Beliau sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan diri ketika dunia berdepan dengan cabaran yang tidak pernah dijangka.

Sokongan keluarga dan orang tersayang menjadi salah satu faktor utama dalam membantu Cik Hasliza mengekalkan semangatnya dalam perjuangan ini.

Baginya, sokongan suami amat penting.

Menurutnya, ketika doktor memberitahu bahawa beliau perlu menjalani pembedahan yang melibatkan pemotongan buah dada kanannya, hatinya berkata-kata:

“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah ‘habislah aku cacat... suami aku lepas ini cari lain, betul tak?’ Tetapi suami saya memberikan sokongan yang tidak ternilai.”

Beliau berkata, ‘Kenapa awak nak fikir seperti itu? Saya kahwin dengan awak bukan kerana buah dada. Itu hanya perhiasan untuk wanita, dan itu bukan sebab utama saya berkahwin dengan awak’.

“Dari situ, saya berasa kuat, dan sokongan orang sekeliling saya benar-benar memberi saya kekuatan,” katanya sambil tersenyum penuh harapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >