Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Orang ramai digalak tambah pengetahuan mengenai penyakit buah pinggang

NKF
Dec 07, 2016 | 05:30 AM



WALAUPUN jumlah pesakit buah pinggang semakin meningkat di kalangan rakyat Singapura, ramai masih lagi tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang penyakit itu.



Misalnya, ramai masih tidak sedar bahawa mereka menghidapi penyakit itu kerana tidak mengenal simptom atau gejala yang berkaitan dengannya.



Untuk menangani isu itu, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah meningkatkan usaha mendidik lebih ramai orang tentang penyakit itu dengan mengembangkan dan membaharui pusatnya yang dinamakan NKF Kidney Discovery Centre (KDC) agar ia lebih interaktif dan menarik bagi pengunjung.



Pusat itu kini menawarkan pengalaman pembelajaran bertema yang dipertingkat untuk mendekati dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.



Menurut perangkaan NKF, pusat yang memuatkan pameran yang memberikan maklumat mengenai buah pinggang dan penyakit buah pinggang itu telah dikunjungi 30,000 orang sejak ia ditubuhkan pada 2011.



Selain itu, pengunjung juga dapat mempelajari tentang kehidupan yang dilalui pesakit buah pinggang, termasuk larangan pemakanan serta trauma emosi dalam menghadapi kegagalan buah pinggang.



Ini dapat membantu pengunjung, terutama sekali golongan muda, mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit itu dan mengambil langkah menghindarinya.



Menurut perangkaan NKF, lima orang menghidap penyakit buah pinggang setiap hari dan ini bermakna terdapat seorang pesakit baru setiap lima jam.



Punca utama kegagalan buah pinggang termasuk penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dan ramai tidak sedar bahawa mereka menghidapi penyakit itu dan tidak berubat.



Setiap seorang daripada sembilan rakyat Singapura menghidap penyakit kencing manis dan setiap seorang dalam empat orang menghidap tekanan darah tinggi.



Untuk menangani peningkatan kes kegagalan ginjal akibat kencing manis di Singapura, NKF telah melancarkan Bas Kesihatan Kencing Manis pada Jun lalu. Inisiatif itu merupakan kerjasama dengan doktor rawatan am (GP) yang akan menyediakan pemeriksaan bagi pesakit kencing manis dan membantu mereka mengurus dan mengawal penyakit mereka.



Mereka yang ingin menjalani pemeiksaan buah pinggang dan kencing manis di Bas Kesihatan Kencing Manis atau ingin mengunjungi KDC, boleh kirim e-mel kepada contact_us@nkfs.org atau hubungi 6299-0200.



Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan buah pinggang juga boleh mengunjungi laman www.nkfs.org




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >