Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30
Kesihatan

Penambahan 793 kes baharu jangkitan Covid-19 di S'pura

May 15, 2020 | 03:16 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) hari ini mengumumkan penambahan 793 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura.

Jumlah itu adalah sehingga 12 tengah hari ini.

Ini membawa jumlah keseluruhan kes jangkitan di Singapura kepada 26,891.

Menurut MOH, sebahagian besar adalah pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.

Terdapat satu kes melibatkan warga Singapura ataupun Penduduk Tetap.

MOH sedang meneliti kesemua kes ini.

Maklumat lanjut akan diberikan malam nanti.

MOH malam tadi menyatakan seramai 1,164 pesakit telah dibenar pulang.

Ini menjadikan jumlah yang dibenarkan semalam adalah seramai 5,973 pesakit sejak kes pertama virus itu dilaporkan di sini pada 23 Januari lalu.

Sejauh ini seramai 21 pesakit di Singapura telah maut akibat koronavirus.

Lagi sembilan orang yang didapati dijangkiti Covid-19 pula meninggal dunia kerana punca lain.