Pusat baru dibuka untuk kanak-kanak yang menpunyai penyakit tenat

SEBUAH pusat bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit tenat telah dibuka secara rasmi di Lorong Limau pada Sabtu lalu, lapor The New Paper (TNP).

Pusat itu merupakan premis baru bagi syarikat Pusat Kanak-kanak Arc yang bermula beroperasi pada tahun 2011.

Ia merupakan pusat penjagaan bagi kanak-kanak berusia tiga hingga 18 tahun yang menghidapi penyakit barah dan penyakit-penyakit lain yang mengancam nyawa.

Selama lebih dari setahun, Cik Rebecca Sit, berusia 37 tahun, telah tinggal di rumah untuk menjaga anaknya yang mempunyai leukemia limfoblastik akut.

Anaknya, Damien Wai, berusia tiga tahun mempunyai penyakit barah yang menyebabkan sumsum tulangnya menghasilkan terlalu banyak sel darah putih.

Selepas lapan bulan diberi rawatan kemoterapi intensif, Damien, yang didiagnosis dengan keadaan itu pada bulan Jun tahun lalu, didaftar ke Arc Children's Center sejak Februari. 

Bagi Cik Sit, ini bermakna beliau mempunyai masa untuk dirinya sendiri dan juga untuk menjalankan tugas.

Menurut TNP Cik Sit mengatakan tempat itu sesuai bagi anaknya dan "Ia juga memberi peluang baginya untuk mengenali lebih banyak orang dalam persekitaran yang selamat dan bukan sahaja duduk bersama ibu bapanya di rumah pada setiap masa."

Pusat itu secara rasminya membuka premis baru di Lorong Limau pada hari Sabtu. Ia mempunyai kawasan permainan dalaman, antara ciri-ciri lain.

Pengasas bersama Ronita Paul, 67, berkata pusat itu juga menyediakan makanan yang mempunyai kandungan bakteria yang rendah. Mereka juga menjaga dengan rapi, pilihan makanan yang selamat untuk kanak-kanak di situ, termasuk memastikan cara persiapan makanan dan suhu penyimpanan yang betul.

Kata Cik Paul, seorang jururawat yang berkelayakan: "Pusat ini bermula kerana kami ingin memenuhi harapan seorang remaja yang menghidapi penyakit barah yang mengharapkan tempat yang selamat dan mesra untuk kanak-kanak lain sepertinya.

"Kami tidak tahu apa-apa tentang menubuhkan pusat (seperti ini), tetapi ramai orang datang pada masa yang tepat untuk memberi kami pembiayaan dan kepakaran yang kami perlukan."

Makanan dan pengangkutan juga diberi secara percuma pada kadar harian yang disubsidi sebanyak $ 10.

Cik Sadiah Shahal, seorang guru bahasa sukarelawan di pusat itu sejak tahun 2015, mengatakan bahawa beliau mempunyai pekerjaan yang memuaskan.

"Anda perlu menjadi seorang yang sangat kuat dan (cukup) mantap untuk mengendalikan kanak-kanak seperti ini kerana keadaan perubatan mereka," katanya.

Galeri Foto