Koronavirus: Warga S'pura yang dijangkiti telah lohei dengan rakan kerja; sekurang-kurangnya lapan kini dikuarantin
Feb 07, 2020 | 04:01 PM
PADA hari beliau mengalami simptom koronavirus baru, warga Singapura berusia 41 tahun yang tidak mempunyai kaitan jelas dengan kes-kes jangkitan terdahulu atau sejarah perjalanan ke China telah makan tengah hari lohei bersama kira-kira 20 rakan kerja di sebuah restoran Cina terkenal di Jurong.
Difahamkan sekurang-kurangnya lapan daripada mereka kini dikuarantin, lapor The Straits Times (ST).