Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Koronavirus: Apa yang diketahui tentang tujuh kes jangkitan setempat di S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Koronavirus: Apa yang diketahui tentang tujuh kes jangkitan setempat di S'pura

Feb 06, 2020 | 11:44 AM

​​Singapura telah mengenal pasti tujuh kes koronavirus yang membentuk kelompok jangkitan setempat.


Ini bermakna pesakit telah menjangkiti virus itu di negara ini, sedang mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke Wuhan, tempat virus itu mula menular.


Secara keseluruhannya, negara ini telah mengesahkan sejumlah 28 kes koronavirus hingga 2 tengah hari Rabu (5 Februari).


Daripada jumlah itu, tujuh ialah jangkitan setempat, yang mana kesemuanya boleh dijejak kepada interaksi dengan sekumpulan pelancong dari Guangxi China yang telah melawat Singapura dari 22 hingga 23 Januari, dan transit pada 27 Januari.



Berikut maklumat lanjut mengenai tujuh kes jangkitan setempat:

Kes 19 dan 20

- Penduduk Singapura, pekerja kedai  Yong Thai Hang yang dilawat pelancong China. Sekurang-kurangnya dua daripada pelancong ini telah disahkan positif.

Kes 21

- Wanita Indonesia, pembantu rumah  Kes 19.

Kes 24

- Warga Singapura, 32 tahun, pemandu pelancong yang bawa kumpulan pelancong ke kedai, tempat kerja kes 19 dan 20.

- Pergi ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 3 Februari.

- Lapor demam pada 30 Januari.

- Sebelum ke hospital, kes tinggal di rumahnya di Buangkok Green, dan bekerja di Jalan Besar.

- Lawat Poliklinik Hougang pada 30 Januari, dan pergi ke pasar raya berhampiran rumahnya.

Kes 25

- Warga Singapura berusia 40 tahun, suami kes 24.

- Lapor demam pada 24 Januari.

- Lawat Poliklinik Hougang dengan isteri pada 30 Januari, dan telah ke NCID pada 3 Februari.

- Sebelum ke hospital, kes duduk di rumahnya di Buangkok Green, dan bekerja di Diamond Industries Jewellery Company di Harbour Drive yang dikunjungi oleh kumpulan pelancongan yang sama dari Guangxi.

- Lawat Pusat Penjaja Pas​​ir Panjang dan telah menaiki pengangkutan awam. MOH berkata risiko jangkitan dari interaksi sementara, seperti di pengangkutan awam atau di tempat awam, adalah rendah.

Kes 27 dan 28

- Kedua-duan​​ya anggota keluarga Kes 19 yang tidak ada sejarah perjalanan baru-baru ini ke China.

- Kes 27 warga Singapura berusia 45 tahun yang merupakan suami kes 19.

- Kes 28 seorang bayi lelaki Singapura berusia enam bulan, anak kes 19 dan 27 tahun, dan kini ditahan di bilik pengasingan di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita KK (KKH)

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >