Koronavirus: Pekerja Indonesia di sini gotong-royong agih pelitup dan snek
Feb 09, 2020 | 08:05 PM
BEBERAPA warga Indonesia yang bekerja di Singapura dilihat membahagi-bahagikan pelitup dan snek kepada orang ramai di kawasan Payar Lebar pada Ahad (9 Februari).
Acara pembahagian itu adalah hasil kerjasama Masyarakat Pekerja Domestik Indonesia (BMI), Sekolah Indonesia Singapura, Forum Komunikasi Masyarakat Indonesia Singapura (FKMIS) dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Singapura.