Koronavirus: S'pura sahkan empat kes jangkitan baru termasuk bayi berusia enam bulan
Feb 06, 2020 | 06:58 AM
Lagi empat kes jangkitan koronavirus disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (5 Feb), termasuk jangkitan termuda sejauh ini yang melibatkan seorang bayi berusia enam bulan.
Bayi itu juga merupakan anak satu pasangan yang dijangkiti virus berkenaan.