Koronavirus: Wabak peluang perkukuh, bukan meretak hubungan antara insan, kata Ustaz Dr Hannan
Feb 09, 2020 | 12:23 PM
WABAK koronavirus baru yang sedang menular ini merupakan satu peluang untuk memperkukuh ikatan sesama manusia, dan bukan untuk menuduh dan meretak hubungan, kata Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.
"Kepada saudara dan saudari Islam saya, inilah peluang untuk memaparkan makna sebenar kepercayaan kita terhadapNya, Al-Salam (Yang Maha Sejahtera), mengenai mesej sebenar Islam.