Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Koronavirus: Warga Amerika meninggal dunia di Wuhan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
3

Koronavirus: Warga Amerika meninggal dunia di Wuhan

Feb 08, 2020 | 03:59 PM

NEW YORK: Seorang warga Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat koronavirus baru di Wuhan, pusat wabak itu di China, kata kedutaan Amerika Syarikat pada Sabtu (8 Februari).


Kes ini dipercayai warga asing pertama yang meninggal dunia akibat virus tersebut.


"Kami dapat mengesahkan bahawa warga Amerika berusia 60 tahun yang disahkan dengan koronavirus telah meninggal di sebuah hospital di Wuhan, China, pada 6 Februari,” kata jurucakap kedutaan kepada AFP, tanpa mendedahkan jantina pesakit itu.


"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga itu atas kehilangan mereka," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa tiada komen lanjut akan diberikan untuk menghormati privasi keluarga.


Sementara itu, seorang lelaki Jepun berusia 60-an tahun yang disyaki dijangkit koronavirus itu juga meninggal dunia di hospital di Wuhan, kata kementerian ehwal luar Jepun, sambil menambah adalah sukar untuk mengesahkan apakah lelaki itu menghidap penyakit tersebut. - AFP, Agensi

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >