Pilihan panel Editor
Lawatan bersejarah Presiden Halimah ke Jakarta
Dalam seminggu pelbagai kisah dan berita yang dimuatkan akhbar ini. Dalam ruangan ini, panel editor BH/BM memilih beberapa berita yang meninggalkan kesan kepada mereka.
Feb 09, 2020 | 05:30 AM
HUBUNGAN kukuh Singapura-Indonesia dipererat lagi dengan kunjungan empat-hari Presiden Halimah Yacob ke Jakarta, Indonesia yang berakhir Khamis lalu.
Kededua negara adalah rakan dagang dan pelaburan yang kukuh dengan perdagangan antara dua negara itu mencecah $65 bilion pada 2018, peningkatan 9.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.