Lebih 630 mangsa terkorban, jumlah dijangkiti virus capai 31,161
Lebih 4,800 daripada mangsa yang dijangkiti virus berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan serius
Feb 08, 2020 | 05:30 AM
BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 636 mangsa pada Jumaat, dengan kerajaan memaklumkan bilangan jangkitan sudah melebihi 30,000 kes.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam maklumat kemas kini hariannya, angka korban itu meliputi 73 kematian baharu.