KORONAVIRUS
Majikan mesti beritahu MOM bila pekerja dijadual pulang dari China
Lawrence Wong: Langkah bertujuan urus pekerja yang pulang dengan lebih baik
SEMUA majikan dikehendaki memberitahu Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenai pekerja mereka yang dijangka pulang dari China, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.
Ini bagi membolehkan tempoh kepulangan mereka diaturkan dan jumlah pekerja yang pulang diurus dengan lebih baik, ujar beliau yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak pemerintah menangani koronavirus, lapor The Straits Times.