Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Usaha serius cegah belia dari radikalisme, ekstremisme: Menteri M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Usaha serius cegah belia dari radikalisme, ekstremisme: Menteri M’sia

Nov 20, 2023 | 01:02 PM



KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia sedang mengambil usaha serius untuk mencegah radikalisme dan ekstremisme dalam kalangan belia, kata Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Yusof Apdal.


Beliau berkata usaha itu tertumpu kepada pelajar di peringkat pengajian tinggi untuk menyedarkan mereka tentang pengaruh tertentu yang boleh mengelirukan dan menyesatkan mereka kepada radikalisme dan ekstremisme.

“Kami melihat perlunya pendekatan awal untuk mencegah belia, terutama mereka yang berada di universiti, yang boleh terpengaruh sehingga mereka terjebak dalam perkara seperti gangsterisme dan radikalisme,” katanya selepas merasmikan seminar Pencegahan Radikalisme dan Ekstremisme di Lahad Datu, Sabah, pada Ahad.

Datuk Yusof berkata penglibatan golongan muda dalam radikalisme di negara itu agak membimbangkan kerana kira-kira 80 peratus daripada mereka yang ditahan polis berusia di bawah 40 tahun, lapor The Star.


Berdasarkan data sejak Januari 2020, beliau berkata 246 orang didakwa atas kes berkaitan pengganasan, dengan 199 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata 47 lagi ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah manakala 36 didakwa dengan Akta Pencegahan Pengganasan.

“Data yang dibentangkan menunjukkan betapa seriusnya ancaman pelampau di negara ini, terutamanya dalam kalangan belia,” kata Datuk Yusof.

Justeru, beliau berkata kementeriannya akan terus mengadakan program bersama ahli akademik dan pakar daripada institusi pengajian tinggi serta agensi penguatkuasaan bagi mencegah radikalisme dan ekstremisme.

Beliau berkata adalah penting bagi belia di Malaysia untuk mengelakkan ekstremisme kerana mereka adalah pemimpin masa depan negara.

“Radikalisme dan ekstremisme boleh menjejas orang daripada semua lapisan masyarakat. Salah satu cabaran utama keselamatan negara ialah menghalang belia daripada terlibat dalam radikalisme dan ekstremisme, terutama apabila bertindak sebagai ejen menyemai pengganasan,” ujarnya.

Beliau berkata seminar itu menyediakan platform bagi pakar berkongsi pengalaman dalam menangani isu berkaitan radikalisme dan ekstremisme dalam kalangan belia.

“Kami berharap melalui program seperti ini dapat memperkukuh jati diri, membentuk keperibadian diri, di samping menerapkan nilai kerohanian dan kemanusiaan serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan belia,” tambahnya.​

Seramai 500 peserta daripada universiti, politeknik dan kolej masyarakat setempat menghadiri seminar tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >