KORONAVIRUS
MOH: Pertingkat langkah pencegahan bagi acara besar
Sekolah-sekolah, institusi kesihatan dan tempat kerja turut perketat kawalan
Feb 08, 2020 | 05:30 AM
PENGANJUR acara diharap membatalkan atau menunda acara besar dan tidak penting atau menerapkan langkah berjaga-jaga jika ingin meneruskannya, kata Kementerian Kesihatan (MOH), antara beberapa langkah tambahan merentas sektor yang diambil dalam usaha mengekang penularan koronavirus di sini.
Sekolah-sekolah, institusi kesihatan dan tempat kerja juga memperketat kawalan selepas Singapura menaikkan penilaian risiko jangkitan koronavirus satu tahap daripada kuning kepada jingga semalam.