CATATAN USTAZ DI FACEBOOK YANG TIDAK SENSITIF
Muis siasat ustaz buat kenyataan berbaur perkauman
Muis tahu tentang catatan Facebook itu; catatan melahirkan pandangan yang tidak mewakili masyarakat Islam
MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) sedang menyiasat seorang ustaz yang telah melahirkan pandangan tidak sensitif dalam satu catatan Facebook berhubung anggota masyarakat Cina di tengah-tengah penularan koronavirus yang sedang berlaku kini.
Dalam catatan bertarikh 5 Februari itu, Ustaz Abdul Halim Abdul Karim, yang menggunakan nama Abd' Al-Halim di Facebook, telah menggambarkan kaum Cina sebagai pengotor dan tidak menjaga kebersihan, secara tidak langsung mengaitkan orang Cina dengan laporan baru-baru ini yang mendakwa koronavirus boleh disebar menerusi najis manusia.