Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga mata untuk Everton jamin status elit

May 28, 2023 | 05:30 PM



LIVERPOOL: Keadaannya mungkin meruncing bagi Everton FC, namun sekurang-kurangnya kelab tersebut masih mampu menentukan nasib mereka sendiri.


Tiga mata daripada perlawanan menentang Bournemouth akan menjamin kedudukan mereka bersama pasukan-pasukan elit England dalam Liga Perdana.

Malah, keputusan seri juga mencukupi sekiranya dua pesaing mereka – Leeds United dan Leicester City – gagal menang dalam perlawanan masing-masing.

Namun, pengurus pasukan yang terkenal dengan gelaran Toffees itu, Sean Dyche, berkata anak buahnya tidak memikirkan langsung untuk bermain bagi keputusan seri.


“Minda kami tidak boleh memikirkan tentang seri...ia adalah sesuatu laluan yang berbahaya.

“Nasib Everton di tangan kita sendiri. Tiga mata dan kita menjamin status dalam Liga Perdana untuk semusim lagi. Itu sahaja tumpuan kita,” ujar beliau.

Bekas kapten Everton, Leon Osman, yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak berkata pendekatan tersebut adalah satu yang bijak.

Namun, beliau menarik perhatian, perlunya para pemain Everton mengambil sikap rasional.

“Everton tidak boleh mendekati perlawanan ini dengan mentaliti untuk mendapatkan keputusan seri. Pada masa yang sama, sekiranya keadaan dalam perlawanan Leeds dan Leicester berpihak kepada mereka, Everton mungkin perlu bersikap rasional,” ujarnya.

Sekiranya Everton berjaya kekal dalam Liga Perdana, Osman berkata kelab tersebut harus mengambil iktibar dan meneliti di mana silapnya pihak pentadbir dan pengurusan kelab itu.

Bersetuju, bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher, berkata dalam empat, lima musim lalu, Everton telah berbelanja besar sejak empat, hingga lima musim lalu, namun perbelanjaan tersebut sia-sia.

Sejak 2016, pasukan Toffees itu telah membelanjakan hampir $850 juta dalam yuran pemindahan pemain.


“Ia mengkagumkan sebuah pasukan yang telah melabur begitu banyak dalam lima musim sebelum ini, mendapati diri mereka dalam keadaan di mana relegasi merupakan sesuatu yang boleh berlaku. Sukar untuk saya faham, apatah lagi penyokong Everton,” ujar Carragher.

“Justeru, kalau Everton terselamat, perlu ada satu siasatan dalaman untuk mengenal pasti puncanya dan menanganinya demi memberi kelab ini peluang kedua,” ujar beliau.

Akur dengan situasi yang kurang ideal di luar padang, kapten Everton yang kini mengalami kecederaan, Seamus Coleman, berkata sekarang bukan masanya untu memikirkan soal itu.

“Kami hanya perlu fokus kepada 90 minit akan datang. Itu sahaja. Sekiranya setiap pemain di padang memberikan segala-galanya sepanjang 90 minit, kami mempunyai mutu dalam skuad ini untuk mengatasi Bournemouth,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >