Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keselamatan siber, AI antara keutamaan digital yang perlu ditangani: DPM Wong

Jun 06, 2023 | 08:19 PM



KESELAMATAN siber, keterhubungan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab merupakan antara keutamaan dunia digital yang perlu ditangani, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa.

Ekonomi digital, yang terdiri daripada sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan pendigitalan dalam industri lain, berkembang dan menyumbang 17 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura pada 2022, menurut perangkaan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Sektor ICT sahaja yang terbentuk oleh pembangunan sofwe dan perkhidmatan dalam talian, tumbuh 8.6 peratus pada 2022 berbanding 3.6 peratus bagi keseluruhan ekonomi, kata IMDA.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata merentas Asia Tenggara, ekonomi digital dijangka tumbuh lima kali ganda kepada $1 trilion jelang 2030, dipacu oleh pengguna Internet baru dan kelas pertengahan yang membangun, lapor The Straits Times.


Ekonomi digital merangkumi pekerjaan berkaitan digital merentasi industri, termasuk sektor ICT yang merupakan antara sektor paling pesat berkembang selain sektor tenaga, perkhidmatan profesional dan logistik.

“Terdapat peluang yang sangat baik di hadapan kita, khususnya di bahagian dunia ini,” kata Encik Wong di persidangan Asia Tech x Singapore 2023 yang diadakan di Sentosa dari Selasa hingga Jumaat.


Persidangan berkaitan isu teknologi sejagat itu dihadiri karyawan teknologi dari seluruh dunia.

Namun, Encik Wong memberi amaran bahawa terdapat cabaran yang perlu ditangani termasuk peraturan berbeza tentang bagaimana data ditangani di seluruh dunia, kerisauan tentang keselamatan kerja dan etika penggunaan AI.

“Bagaimana kita menangani masalah-masalah ini akan menentukan masa depan ekonomi digital hari ini, katanya, sambil menambah bahawa Singapura perlu berusaha ke arah ekonomi digital yang boleh dipercayai, saling terhubung dan inklusif.

Mewujudkan ini memerlukan pembinaan prasarana sambungan seperti pendaratan kabel dasar laut baru untuk meningkatkan kapasiti rangkaian Singapura, yang merupakan salah satu matlamat yang disenaraikan dalam pelan tindakan ketersambungan digital Singapura yang diumumkan pada Isnin.

Singapura juga akan menaik taraf rangkaiannya untuk meningkatkan kelajuan Internet kepada 10Gbps, meletakkan asas bagi aplikasi generasi baru.

Encik Wong berkata prasarana insaniah seperti aplikasi yang menyokong transaksi digital, identiti digital dan pensijilan juga membentuk tulang belakang ekonomi digital hari ini.

Alat-alat ini perlu berfungsi merentasi sempadan untuk merealisasikan pertumbuhan digital seterusnya, tambahnya.

Untuk mencapai hal tersebut, negara-negara mesti membina kepercayaan dengan terus memerangi penipuan dan serangan siber untuk mengurangkan risiko kepada pengguna yang membuat transaksi digital.

Negara-negara juga mesti bekerjasama untuk mencapai kata sepakat tentang pengurusan data yang akan memudahkan mereka bekerjasama dan mengurangkan kos perniagaan, ujar Encik Wong.

Beliau turut berkata pendekatan sejagat secara kolektif diperlukan untuk menangani isu-isu yang timbul berkaitan AI.

“Sedang AI menjadi lebih intim dan seperti manusia, apa yang menghalangnya daripada digunakan untuk menyebarkan kepalsuan dalam masyarakat, melakukan penipuan yang sukar dikesan dan menjalankan operasi pengaruh asing?” ujar beliau sambil menambah itulah isu-isu yang perlu ditangani perniagaan dan masyarakat.

“Tiada negara boleh menangani semua isu ini sendiri. Hanya dengan bersatu dan mengumpulkan kebijaksanaan dan pengalaman bersama kitalah, kita boleh mengharapkan kejayaan,” tambah Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >