KORONAVIRUS
Pemimpin akar umbi, staf, relawan Masjid Hasanah singsing lengan bahagi pelitup kepada penduduk
Semangat kemasyarakatan tergambar jelas di Ayer Rajah sedang negara berdepan ancaman wabak
Feb 10, 2020 | 05:30 AM
SEMANGAT kemasyarakatan terlihat dengan jelasnya di kawasan Ayer Rajah pada masa negara berdepan dengan cabaran ekoran wabak koronavirus baru yang mencengkam dunia.
Sejak diumumkan pada 1 Februari lalu bahawa setiap keluarga boleh mengambil pelitup muka di pusat jawatankuasa penduduk (RC) masing-masing, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Ayer Rajah CC, Encik Shahrin Abdol Salam, sedar mereka memerlukan lebih ramai orang untuk membantu melakukan tugas tersebut.