Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menganjurkan satu Seminar Mengelak Kemudaratan yang membincang strategi pencegahan dan pemulihan dadah di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat baru-baru ini. Berikut sedutan ucapan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, dan hasil dapatan beberapa kertas kajian yang dipaparkan.
SEMEMANGNYA, prinsip asas yang mendasari pendekatan Singapura terhadap dadah adalah untuk mengelakkan kemudaratan kepada rakyat dan masyarakat kita.