KORONAVIRUS
Pesawat kedua bawa pulang 174 warga S'pura dari Wuhan selamat tiba
Feb 10, 2020 | 05:30 AM
PENERBANGAN kedua yang membawa 174 rakyat Singapura dan keluarga mereka pulang dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, selamat tiba di Singapura pagi semalam.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam berkata, kepulangan penumpang yang menaiki pesawat Scoot TR5121 itu akan melalui pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Changi.