Bekalan elektrik terputus: Empat bayi di hospital Karachi maut, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Bekalan elektrik terputus: Empat bayi di hospital Karachi maut

Jun 08, 2014 | 06:00 AM

KARACHI: Empat bayi meninggal dunia kelmarin di sebuah hospital swasta di Karachi selepas bekalan oksigen ke inkubator terganggu berikutan bekalan elektrik terputus, kata polis.

Kematian itu berlaku di Hospital Kanak-Kanak Nasional Shaha di selatan Pakistan itu.

''Mereka berada dalam inkubator dan gangguan elektrik menjejas bekalan oksigen, menyebabkan kematian empat bayi itu,'' kata pegawai kanan polis Nazir Mirbahar.

Bapa seorang korban itu berkata beliau baru membawa anak perempuannya yang berusia tiga bulan ke hospital itu pada malam sebelumnya.

''Dia aktif apabila saya membawanya ke hospital kerana dia mengalami demam ringan,'' kata Encik Aqeel Ahmed.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Saudara-mara yang marah menyerbu hospital itu, menggeledah peralatan dan menyekat jalan raya dengan tayar terbakar dan batu-batu besar.

Jabatan Kesihatan memulakan siasatan ke atas kematian bayi-bayi itu. Satu laporan akan dikemuka kepada kerajaan wilayah dalam tempoh 24 jam.

''Kami tidak boleh mengatakan sekarang bagaimana kematian itu berlaku tetapi kami telah membentuk satu jawatankuasa dua anggota untuk menyiasat perkara itu,'' kata Dr Zafar Ejaz, seorang pegawai kanan kesihatan.

Pakistan mengalami masalah pemotongan bekalan elektrik, ada kalanya disebabkan pengguna tidak membayar bil mereka. Pejabat pemerintah antara pesalah paling teruk.

Rakyat biasa hidup tanpa elektrik selama 12 hingga 18 jam sehari pada musim panas ini, dengan suhu di beberapa tempat mencapai 50 darjah Celcius.

Menyelesaikan krisis tenaga Pakistan adalah ikrar kempen utama Perdana Menteri Nawaz Sharif pilihan raya umum tahun lalu. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map