Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Bapa tunggal pun perlu dibantu membesarkan anak-anak dengan baik

Dec 02, 2013 | 12:05 PM

DI SEBALIK wajah berani memimpin keluarga, hati rapuh seorang bapa sering tersembunyi dan tidak disedari. Apatah lagi setiap kali masalah rumah tangga membawa kepada perceraian berlaku, perhatian lebih tertumpu pada kaum ibu dan anak-anak. Begitu juga rasa simpati lebih pada janda kematian suami daripada duda kematian isteri. Oleh itu, langkah Persatuan Adam membentuk Unit Sokongan Bapa Tunggal adalah baik dan wajar diberi sokongan demi memastikan bapa masih dapat terus memainkan peranan sebagai ketua keluarga setelah ketiadaan isteri - sama ada akibat kematian mahupun perceraian.

Ini kerana lelaki, seperti wanita, juga menangis dan perlukan sokongan emosi, panduan mengurus anak sendirian, dan bimbingan mengatur semula langkah yang tergugat. Mentelah, bukan senang bagi lelaki, dengan sifat-sifat semula jadinya, mengambil alih peranan ibu. Seperti yang diperhatikan Persatuan Adam, lelaki lebih suka menyembunyi kesedihan dan kekurangan diri. Mereka tidak mahu dilihat gagal sebagai ketua keluarga biarpun hakikatnya mereka amat perlukan bantuan. Lantas memang baik mereka disediakan 'tempat mengadu' dan menimba ilmu membesarkan anak.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >