PROSES bagi mengenal trend serta iklim perniagaan Melayu/Islam oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) yang diumumkan baru-baru ini amat dialu-alukan.
Namun, saya rasa cara mengendalikan hasil tinjauan harus diperkemaskinikan dan harus lebih fokus bagi mendapatkan hasil yang terbaik mengenai cabaran sebenar yang dihadapi peniaga Melayu/Islam.