Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Ibu bapa dan sekolah perlu main peranan kurangi stres dalam sistem pendidikan

Dec 03, 2013 | 06:12 AM

USAH fokus pada gred sahaja, sebaliknya beri tumpuan juga pada aspek lain pendidikan. Ini mesej Kementerian Pendidikan (MOE) apabila ia memutuskan tidak mengumum agregat tertinggi dan terendah Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun lalu yang keputusannya diumum baru-baru ini. Langkah MOE itu juga diharap mengurangkan stres dalam sistem pendidikan di negara ini.

Matlamat MOE baik, mentelah memang ramai pelajar dan ibu bapa mengadu tertekan oleh peperiksaan dan desakan mendapat keputusan baik, hingga ada memilih sekolah di luar negara. Namun, ini akan hanya tercapai jika sekolah dan ibu bapa sendiri menurut petunjuk MOE itu. Dua pihak ini harus menekankan ke atas pelajar betapa pembangunan menyeluruh, tidak setakat gred akademik semata-mata, semakin menjadi faktor penting yang menentukan kejayaan dalam hidup. Mereka harus menyokong usaha pemerintah menyedarkan pelajar bahawa faktor seperti kepimpinan, berfikir secara kritikal, kreatif dan berupaya bekerja secara berkumpulan adalah penting dalam kehidupan. Ibu bapa dan pelajar sendiri tidak harus mengabaikan keperluan membina kekuatan dalam aspek-aspek tersebut, selain mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >