Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Kawal minuman keras demi kesejahteraan umum

Dec 04, 2013 | 06:14 AM

KEMALANGAN dan pergaduhan bersabit dengan minuman keras, termasuk yang berakhir dengan kematian, bukan baru. Keprihatinan ini sering disuarakan anggota dan pemimpin masyarakat. Maka itu, rancangan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengetatkan penjualan dan pengambilan minuman keras di tempat awam, kerana prihatin soal keselamatan dan mengurangkan gangguan awam, amat dialu-alukan.

Padah akibat minuman keras amat jelas. Ia membuat orang gagal mengawal diri, marah dan ganas hingga boleh mengakibatkan pelbagai kesan sosial dan jenayah berangkai. Ia menimbulkan masalah undang-undang dan ketenteraman, isu keselamatan, gangguan awam dan menyusahkan masyarakat. Namun gejala itu sukar dibendung kerana ia ada kaitan dengan gaya hidup, sosial, ekonomi dan hak peribadi dalam negara kosmopolitan berbilang bangsa dan agama. Pendekatan yang ditimbangkan - seperti menetapkan zon bebas alkohol di sebahagian tempat awam dan memendekkan masa penjualan alkohol di kedai runcit - agak sederhana. Ia mungkin hanya dapat membantu mengurangkan sedikit masalah, tanpa mengatasinya sama sekali kerana minuman keras masih mudah dibeli. Namun, sekurang-kurangnya, rancangan itu memberi isyarat bahawa pemerintah juga prihatin dan tidak mahu membiarkan keadaan berlarutan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >