Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Yang pahit

Dec 20, 2014 | 12:36 AM



Siapa yang dapat melupakan wajah bintang pertahanan Brazil, David Luiz, yang tidak dapat menahan sebak menyusuli kekalahan memalukan 1-7 juara dunia lima kali itu kepada Jerman di Piala Dunia yang berlangsung di bumi samba itu pada pertengahan tahun ini?


Kita di Singapura turut menanggung pedih kekecewaan apabila melihat skuad nasional Singa turut tersungkur di peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Negara yang serba baru dan gah – yang dibuka Jun lalu – sebahagian daripada Hab Sukan yang menelan belanja $1.33 bilion.


Pesta raksasa ‘Sorakan Kallang’ yang dijangkakan di stadium ikonik di Kallang itu, yang menggantikan Stadium Negara lama yang penuh bersejarah, terbantut menyusuli kegagalan Shahril Ishak dan rakan-rakannya mempertahankan mahkota kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.


Bukan sahaja prestasi Singa mengecewakan, keadaan rumput yang hambar di padang stadium baru turut mencetuskan tengkarah sekalipun Stadium Negara menjadi hos kepada dua perlawanan berprofil tinggi antara Pilihan Liga-S dengan kelab gergasi Italy, Juventus, serta perlawanan persabahatan Brazil-Jepun.


Berikut ANWAR YAHYA (anwar@sph.com.sg) menyorot detik-detik gembira dan luka yang mewarnai arena sukan antarabangsa dan setempat sepanjang tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >