Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

APA SALAHNYA

Apa kata kita ada kempen hormat pada pemandu lain?

Apr 28, 2014 | 07:53 PM



APA nak jadi dengan sesetengah pemandu kita?


Baru-baru ini dua lelaki ditemui bergelut di tengah-tengah jalan raya.


Kededuanya bukanlah ahli gusti daripada World Wresting Entertainment (WWE) yang membuat pameran di Singapura.


Tetapi aksi pemandu kereta dan penunggang motosikal yang bergaduh itu persis satu skrip perlawanan gusti profesional.


Macam adegan daripada episod WWE, pemandu berkenaan meluru ke arah penunggang tersebut menyusuli satu perselisihan di jalan raya.


Penunggang motosikal itu terhumban selepas ditolak. Apabila si penunggang cuba bangun, kolar bajunya direnggut si pemandu.


Tidak mahu mengaku kalah, si penunggang menyambar kedua- dua belah tangan orang yang menyerangnya itu.


Seperti gaya bekas juara WWE Hulk Hogan, si pemandu akhirnya berjaya membanting si penunggang dengan bahunya sebelum mengepit badan lawan ke permukaan jalan raya.


Kededuanya akhirnya dipisahkan oleh seorang pemandu lain yang turut merakam detik mendebarkan itu dengan telefon bimbitnya.


Rakaman itu dimuat turun ke Internet bagi tontonan semua pada 2 April lalu.


Polis telah pun memberkas kededuanya kerana bergaduh.


Sebenarnya, pertelingkahan seperti ini bukanlah insiden terpencil.


Walaupun belum sampai tahap menjadi kebiasaan, saya percaya pertengkaran di jalan raya lebih kerap berlaku di sini.


Mungkin penggunaan meluas telefon bimbit atau kamera rakaman dalam kenderaan membuat trend ini kelihatan lebih ketara.


Namun, sebagai pemandu dengan pengalaman lebih 25 tahun, saya sendiri tidak dapat melihat perubahan ketara dalam tabiat buruk sesetengah pemandu.


Ini berlaku di sebalik kempen berbudi bahasa di jalan raya yang dijalankan dari masa ke masa.


Misalnya, saya hairan kenapa sesetengah pemandu masih tidak suka memberi laluan kepada yang lain atau tidak memberi isyarat apabila memotong.


Agaknya mereka takut terlambat lantas ketinggalan dalam persaingan mengejar kejayaan.


Kiasu agaknya.


Keadaan ini agak berbeza dengan pengalaman saya memandu di beberapa negara maju seperti Australia semasa bercuti.


Rata-rata pemandu di tempat- tempat ini lebih berbudi bahasa dan bertimbang rasa.


Saya percaya antara faktor utama yang mempengaruhi tabiat buruk sesetengah pemandu adalah sikap tidak menghormati orang lain apabila memandu.


Jadi, saya ingin membuat satu cadangan.


Apa salahnya jika kita mulakan satu kempen berbudi bahasa baru berdasarkan tema respect atau 'hormat' pada pemandu lain?


Memang idea ini bukanlah baru kerana tema ini pernah digunakan dalam kempen budi bahasa di jalan raya pada masa lalu.


Namun, ia agak terbenam kerana digabungkan dengan tema-tema lain.


Jadi, saya ingin sarankan agar kita beri fokus kepada aspek 'hormat' ini sahaja dalam kempen kali ini.


Sebenarnya, saya mendapat ilham ini daripada Persatuan Bola Sepak (FA) Britain yang menjalankan kempen Respect sejak 2008 untuk mendorong pemain, pengurus pasukan dan peminat bola sepak agar menghormati satu sama lain dan pengadil.


Ia juga bertujuan mengelakkan perbuatan buruk seperti menghina atau mengasari pasukan lawan.


Di bawah kempen ini pemain diperlukan memakai lilitan lengan yang tertera dengan kekata respect sebagai tanda peringatan kepada semua.


Pastinya kempen ini tidak boleh dikatakan berjaya sepenuhnya kerana kita masih boleh melihat pemain seperti Wayne Rooney terkumat-kamit ke arah pengadil apabila ditegur.


Saya tidak pasti apakah yang diluahkan Rooney tetapi saya percaya ia bukanlah kata pujian kepada si pengadil.


Namun, tinjauan rambang daripada pemerhati bola sepak antarabangsa mendapati kempen ini ada meninggalkan sedikit kesan dalam kelakuan pemain.


Jadi, apa salahnya jika kita galakkan pemandu agar memasang pelekat kereta dengan ungkapan respect sebagai peringatan kepada semua di bawah kempen jalan raya ini?


Setidak-tidaknya pemandu akan berfikir dua kali apabila ingin mencabar seorang pemandu lain yang memasang pelekat respect di cermin keretanya.


Kalau gaduh juga saya tidak tahu apa nak cakap.


Nampak gaya episod WWE pada 2 April lalu bukanlah yang terakhir yang akan kita tonton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >