KORONAVIRUS
Projek binaan mungkin tertunda dek sebahagian pekerja berada di China
Syarikat sedang ambil langkah baiki keadaan termasuk melanjutkan tempoh kontrak
Feb 06, 2020 | 05:30 AM
SEKTOR binaan dijangka menghadapi masalah kelewatan memenuhi jadual projek mereka setelah sebahagian pekerja mereka masih berada di China disebabkan penularan koronavirus.
Sektor itu menggajikan 341,200 pekerja asing, yang merupakan tiga suku daripada jumlah keseluruhan pekerja binaan di sini, menurut laporan The Business Times (BT) semalam.