SEORANG wanita dihadapkan ke mahkamah daerah pada Isnin (25 Oktober) kerana dituduh gagal mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi anak perempuannya daripada didera secara seksual oleh anak lelakinya.
Wanita Singapura yang kini berusia 43 tahun itu dan semua pihak lain yang terbabit dengan kes ini tidak boleh dinamakan kerana perintah mahkamah bagi melindungi anak perempuannya.






