SINGAPURA menyokong Kepresidenan Persidangan Perubahan Iklim Ke-26 (COP26) yang diterajui United Kingdom (UK) dan kepimpinan negara itu dalam isu perubahan iklim.
Ini disampaikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kepada Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, dalam satu panggilan telefon pada petang Selasa (26 Oktober) di tengah-tengah berlangsungnya mesyuarat Sidang Puncak Asean.





