KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 5,324 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Rabu (27 Oktober) yang terdiri daripada 4,651 kes dalam kalangan masyarakat, 661 kes di dormitori pekerja migran dan 12 kes import.
MOH berkata angka jangkitan luar biasa tinggi kerana banyak kes Covid-19 dikesan dalam masa beberapa jam pada tengah hari Rabu.





