PERENANG nasional Toh Wei Soong mencatat rekod nasional dalam final lumba gaya bebas (S7) lelaki 50 meter semalam.
Toh, 22 tahun menyentuh tembok kolam renang di Pusat Akuatik Tokyo itu dengan masa 28.65 saat dan melengkapkan perlumbaan di tempat ketujuh antara lapan perenang.





