"Saya amat prihatin terhadap kumpulan khusus pekerja bergaji rendah. Mereka adalah pekerja penghantaran. Mereka bekerja dengan wadah dalam talian seperti foodpanda, Grab dan Deliveroo. Mereka adalah pemandangan yang biasa kita lihat, terutama semasa Covid-19, menghantar tempahan kita siang dan malam. Ia adalah kerja yang sukar dan kebanyakan menjana pendapatan sederhana. Wadah dalam talian menetapkan harga produk mereka. Mereka tentukan pekerjaan...





