BEBERAPA pekerjaan akan menjadi usang pada masa depan jika ia tidak berubah dipacu oleh transformasi perniagaan dan penggunaan huraian teknologi dan automasi, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.
Ini terutamanya bagi pekerjaan yang berulang dan lebih intensif dari segi buruh, tambah beliau dalam satu wawancara khas mengenai isu masa depan pekerjaan bersama Berita Minggu (BM).





