KESEMUA lapan kes dari kelompok jangkitan Covid-19 di Madrasah Irsyad Zuhri yang dikenal pasti buat masa ini melibatkan murid dari kelas yang sama.
Semua guru dan rakan sekelas di darjah empat itu telah dikuarantin sejak dua kes pertama dikesan pada 3 September lalu, kata pengetua Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Encik Noor Isham Sanif.





