NEW YORK: Warga Britain Emma Raducanu, 18 tahun, menjadi pemain kelayakan pertama dalam sejarah untuk mara ke perlawanan akhir Grand Slam dengan menewaskan pemain pilihan ke-17 kejohanan dari Greece, Maria Sakkari 6-1, 6-4 di Terbuka AS kelmarin.
Raducanu, yang menduduki ranking ke-150 dunia, menjadi finalis Grand Slam paling muda sejak Maria Sharapova, ketika itu berusia 17 tahun, yang memenangi Wimbledon...





