Bagi umat Islam, peluang menunaikan ibadah haji ialah detik amat bermakna dan impian sepanjang hayat.
Justeru, persediaan untuk ke Tanah Suci bukan sahaja perlu melibatkan aspek kewangan dan fizikal, malah memerlukan bimbingan agama serta pengurusan perjalanan yang terancang bagi memastikan jemaah dapat menumpukan perhatian kepada ibadah.




