PONTIAN: Kerajaan Johor menegaskan penggunaan sisa binaan yang didakwa dibawa dari Singapura untuk menambak tanah di sebuah tapak pembangunan di Pontian melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Encik Zaidi Japar, berkata PBT tidak pernah membenarkan sisa binaan digunakan bagi pembangunan baru.





