PENCALONAN bagi Anugerah Jauhari 2021 untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu atau pertubuhan Melayu/Islam dalam bidang masing-masing kini dibuka.
Anugerah itu, yang masuk tahun ke-22, mempunyai barisan penerima daripada pelbagai bidang termasuk perbankan, keusahawanan, bantuan kemanusiaan, fesyen, sukan dan budaya.






