KOMPUTER riba diberikan kepada Kementerian Kesihatan (MOH) bagi pegawainya mengurus pandemik Covid-19 tetapi sebanyak 21 komputer berkenaan pula dicuri dan dijual di laman dagangan Carousell.
Jurutera teknologi maklumat (IT), Muhammad Fakhrurradzi Mohamed Omar, 25 tahun, dipenjara selama 11 bulan pada Khamis (5 Ogos) selepas mengaku bersalah ke atas tiga kesalahan mencuri.






