NAIB Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris telah bertemu Presiden Halimah Yacob di Istana semalam, dan mengadakan perbincangan yang terbuka bagi mengukuhkan hubungan kukuh yang meluas antara Singapura dengan Amerika Syarikat.
Mereka menyambut-baik peluasan kerjasama dua hala antara kedua negara bagi menangani cabaran-cabaran sejagat termasuk pandemik Covid-19 serta perubahan iklim, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam.





