ENAM lagi stesen dalam Laluan Thomson-East Coast (TEL) dibuka kepada orang ramai pada pagi Sabtu (28 Ogos), menghubungkan orang ramai dari kawasan Upper Thomson Road ke Toa Payoh.
Enam stesen itu ialah Springleaf, Lentor, Mayflower, Bright Hill, Upper Thomson dan Caldecott, yang kesemuanya membentuk bahagian 'TEL2' dalam laluan itu.





