SEORANG lelaki yang dirakam di kamera tidak memakai pelitup semasa menaiki kereta api MRT pada Mei lalu dikenakan tiga tuduhan di mahkamah daerah semalam, termasuk satu tuduhan menyebabkan gangguan.
Benjamin Glynn, 39 tahun, seorang warga Britain, menghadapi satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam dan satu tuduhan bagi kesalahan di bawah Akta (Langkah-Langkah Sementara) Covid-19.





