LEBIH 130 keluarga yang tinggal di kawasan Keat Hong dan menerima bantuan Comcare telah diberikan pek barangan keperluan harian semalam dalam satu usaha kerjasama antara Jawatankuasa Pengurus Kelab Masyarakat (CCMC) Keat Hong dan perusahaan sosial SG Assist.
Usaha tersebut melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada penduduk Keat Hong sendiri, dengan tujuan menyemarakkan semangat bergotong royong melalui usaha itu yang juga merupakan...





