SINGAPURA dan Indonesia sedang meneroka cara untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam ehwal sosial serta cara berkongsi pengalaman berkenaan usaha membantu rakyat negara masing-masing untuk mengatasi cabaran Covid-19.
Ini dibincangkan dalam satu pertemuan maya antara Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Menteri Penyelaras bagi Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Encik Muhadjir Effendy, kelmarin.





