Setelah lebih 40 tahun hidup bersama, Cik Jumiati Amin menyifatkan pemergian suaminya, Allahyarham Sudar Masawang, pada November 2024 ibarat kehilangan separuh jiwanya.
Namun, apa yang menghairankannya ialah beliau tidak mampu menangis meskipun kehilangan insan yang paling rapat dengannya.
“Saya tahu saya telah kehilangan seseorang yang amat penting dalam hidup saya, tetapi saya tidak dapat memahami atau meluahkan sepenuhnya apa yang...




