PENDUDUK yang tinggal berdekatan Pasar dan Pusat Makanan Geylang Bahru dan 146 Pasar Teck Whye Avenue mengambil kit ujian-sendiri ujian pantas antigen (ART) percuma semalam dan hari ini.
Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan pihaknya bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk mengagihkan kit-kit itu kepada individu yang telah mengunjungi pasar dan pusat makanan terpilih dalam 14 hari lalu, seperti penduduk yang tinggal...




