Guru prasekolah akan menerima sekurang-kurangnya dua jam masa tanpa tugas mengajar setiap minggu mulai 1 November 2027, bagi memberi mereka lebih banyak masa untuk merancang pelajaran dan mendokumentasikan perkembangan setiap kanak-kanak.
Mengumumkannya di Majlis Penyampaian Biasiswa dan Anugerah Latihan tahunan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada 13 Oktober, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli, berkata langkah itu diambil...
Syarikat penerbangan Malaysia, Firefly, sekali lagi melanjutkan pembatalan penerbangan laluan Subang-Seletar hingga 14 Oktober.
Firefly sebelum ini membatalkan penerbangan antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dengan Lapangan Terbang Seletar di Singapura dari 10 hingga 12 Oktober akibat jerebu, sebelum melanjutkannya sehingga 13 Oktober.
Kritikan sememangnya lumrah dalam dunia lakonan, namun bagi personaliti tempatan Zhin Sadali, kata-kata tersebut lebih menyakitkan apabila datang daripada individu yang turut bergiat dalam industri sama.
Membawa watak ‘Leftenan Hakimi’, seorang Komander Rota dalam filem terbaharu arahan Jack Neo, Ah Boys To Firefighters, Zhin mengakui menerima kritikan susulan pengumuman barisan pelakon, khususnya mengenai pemilihan dan penampilan fizikalnya.
Seorang lelaki menggunakan syarikat selubung atau shell companies untuk menyewa tiga rumah berhalaman di Singapura pada waktu berbeza sebagai kediaman bagi keluarganya.
Tidak lama selepas berpindah masuk, dia berhenti membayar sewa dan kemudian mengheret pemilik rumah ke dalam proses undang-undang bagi mengelak daripada mengosongkan hartanah tersebut.
Hasrat murni untuk merehatkan minda daripada kesibukan harian sambil mendekatkan diri kepada Ilahi menerusi kembara umrah secara solo bertukar menjadi pengalaman mendebarkan buat Cik Husna Hussain susulan ketegangan yang kian meruncing di Arab Saudi.
Wanita berusia 29 tahun itu, yang memulakan perjalanan rohani selama 10 hari sejak 4 Oktober lalu, terpaksa berdepan detik cemas apabila penerbangan pulangnya menerusi Qatar Airways...





