TERDAPAT tiga kelompok dalam masyarakat yang perlu didekati Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menangani cabaran masa akan datang, kata Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa.
Satu kumpulan ialah golongan konservatif yang mahukan Muis untuk menegaskan pendirian sebagai penguasa, satu lagi kumpulan pula golongan yang mahukan lebih banyak hak asasi manusia, termasuk yang menyokong hak lesbian, gay, biseksual dan transgender...





